Assalamualaikum wrth dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu, saya menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan kurnia dan izin-Nya, KIBGIM juga telah berkembang hampir 10 tahun penubuhannya sejak tahun 2009 hingga kini. Walaupun KIBGIM melalui pelbagai cabaran, saya yakin KIBGIM akan menjadi platform terbaik kepada lonjakan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. KIBGIM menaruh harapan yang tinggi kepada semua pelajar agar menggunakan ilmu pengetahuan dalam kehidupan bagi faedah diri, agama dan bangsa serta negara tercinta.
Di kesempatan ini. saya menyatakan penghargaan murni dan merakamkan ucapan syabas kepada para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada KIBGIM. Setinggi-tinggi terima kasih juga kepada barisan guru pakar dan pendidik KIBGIM yang berusaha membimbing dan mengajar pelajar sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik di peringkat UPSR, UPKK, PT3 dan SPM setiap tahun.
Penaung
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Segala pujian hanya untuk Allah SWT kerana dengan kurnia dan izin-Nya, KIBGIM telah berkembang hampir 10tahun dengan sokongan pada para ibu bapa dan barisan guru-guru pakar yang sentiasa ingin melihat akan kemajuan dan kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan. Berdasarkan pengisian aktiviti akademik dan sahsiah yang mantap, saya yakin pelajar KIBGIM akan berupaya untuk memberikan yang terbaik kepada peningkatan kualiti diri, keluarga, masyarakat dan negara secara istiqamah.
Adalah menjadi harapan dan inspirasi KIBGIM dan semua pihak, agar KIBGIM ini menjadi platform terbaik untuk membimbing anak-anak dalam mencapai kecemerlangan yang diimpikan di duniawi dan ukhrawi, Insya Allah. Di kesempatan ini, saya ucapkan setinggi tahniah kepada semua warga KIBGIM dan mendoakan agar pelajar KIBGIM terus berjaya dan berdaya saing. Terima kasih.
Founder
Assalamualaikum wrth dan Salam Sejahtera, Masa depan Malaysia dan bangsanya bergantung kepada manfaat ilmu pengetahuan kerana takrifan ilmu itu adalah apa yang anda tahu dan amalkan. Jika ianya bermanfaat, raikan, kembangkan dan sebar luaskan. Kepada pelajar KIBGIM, anda adalah agen perubahan yang sarat nilai dan memberikan kebaikan kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Semoga lebih banyak lagi kejayaan besar akan menjelma dalam hidup ini dan kerjaya akan datang. Anda semua adalah aset bernilai yang dapat menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi negeri Melaka serta negara Malaysia.
‘TAHNIAH DAN SYABAS, SELAMAT MAJU JAYA’
ADVISOR
KIBGIM is an educational NGO that was first established by four visionary individuals.